Isnin, 28 Januari 2013

Ikan Masak Cuka

Bahan - bahannya:

  • 4 ketul isi ikan merah, digoreng
  • 4 biji cili merah besar di belah dua (tidak putus)
  • 4 biji cili hijau besar di belah dua (tidak putus)
  • 2 camca besar biji sawi
  • 1 camca serbuk jintan manis
  • 1/2 camca kunyit serbuk
  • 1 senduk minyak (untuk menumis)
  • 1/2 cawan cuka
  • 3 1/2 cawan air
  • 4 ulas bawang merah, dimayang (potong nipis)
  • 1 labu bawang putih di belah dua
  • 4 biji bawang besar di belah empat
  • 1 inci halia dimayang (potong nipis)
  • 2 camca besar gula
  • Garam secukup rasa
Cara memasak:
  1. Isi ikan digoreng dan di simpan di pinggan
  2. Serbuk jintan manis dan kunyit serbuk di bancuh dengan sedikit air
  3. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah yang telah dimayang, biji sawi, dan bancuhan serbuk jintan manis dan kunyit serbuk
  4. Kacau sehingga pecah minyak
  5. Masukkan cuka, masukkan air, biarkan mendidih.
  6. Masukkan gula, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
  7. Masukkan isi ikan yang telah digoreng terlebih dahulu, cili merah, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan biarkan mendidih atau sehingga cili dan bawang empuk.
Cadangan saiz hidangan: Untuk 7 hingga 8 orang.

0 ulasan:

Catat Ulasan