Isnin, 28 Januari 2013

Ikan Masak Cuka

Bahan - bahannya:

  • 4 ketul isi ikan merah, digoreng
  • 4 biji cili merah besar di belah dua (tidak putus)
  • 4 biji cili hijau besar di belah dua (tidak putus)
  • 2 camca besar biji sawi
  • 1 camca serbuk jintan manis
  • 1/2 camca kunyit serbuk
  • 1 senduk minyak (untuk menumis)
  • 1/2 cawan cuka
  • 3 1/2 cawan air
  • 4 ulas bawang merah, dimayang (potong nipis)
  • 1 labu bawang putih di belah dua
  • 4 biji bawang besar di belah empat
  • 1 inci halia dimayang (potong nipis)
  • 2 camca besar gula
  • Garam secukup rasa
Cara memasak:
  1. Isi ikan digoreng dan di simpan di pinggan
  2. Serbuk jintan manis dan kunyit serbuk di bancuh dengan sedikit air
  3. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah yang telah dimayang, biji sawi, dan bancuhan serbuk jintan manis dan kunyit serbuk
  4. Kacau sehingga pecah minyak
  5. Masukkan cuka, masukkan air, biarkan mendidih.
  6. Masukkan gula, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
  7. Masukkan isi ikan yang telah digoreng terlebih dahulu, cili merah, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan biarkan mendidih atau sehingga cili dan bawang empuk.
Cadangan saiz hidangan: Untuk 7 hingga 8 orang.

Sabtu, 26 Januari 2013

Masak Bendi Berempah

Bahan - bahannya:

  • 8 batang kacang bendi
  • 2 camca besar minyak penggoreng
  • 2 ulas bawang putih, diricih
  • 1/4 cawan bawang merah, diricih
  • 1/2 inci kepingan halia, diricih
  • 1 biji cili masak, diricih
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 camca besar halbar campur
  • 1 camca besar serbuk kari
  • 1/2 cawan air
  • 2 camca besar sos tomato
  • Garam

Cara memasak:

  1. Potong kacang bendi sepanjang 2 inci
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia ke dalam kuali dan goreng di dalam minyak panas hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili, daun kari dan halbar campur dan goreng selama 2 minit.
  4. Masukkan kacang bendi yang telah dipotong dan kacau bersama - sama serbuk kari, air, sos tomato dan garam secukup rasa.
  5. Goreng selama 5 minit atau sehingga kacang bendi cukup empuk.

Cadangan hidangan: Sesuai dihidangkan bersama nasi putih

 

Masak Masam Manis Ayam Sejuk

Bahan - bahannya:

  • 1 ekor ayam, seberat 1.2kg
  • Garam
  • 1 camca besar air (anggaran)
  • Penyediaan kuah:
  1. 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  2. 1/2 kiub pati Maggi, dihancurkan di dalam 1 cawan pati
  3. 1/3 cawan gula
  4. 1/3 cawan sos tomato
  5. 2 camca besar sos cili
  6. 1 camca besar cuka makan
  7. 1/2 camca teh minyak bijan
  8. Garam secukup rasa
  • 2 camca besar tepung jagung digaul dengan 2 camca besar air
  • 2 camca besar kacang tanah goreng yang dicincang halus
  • 6 ulas bawang jeruk dihiris nipis
  • 1 biji tomato dihiris
  • Daun ketumbar

Cara memasak:

  1. Biarkan ayam itu keseluruhannya. Panaskan air sepenuh kuali hingga mendidih betul. Masukkan garam dan ayam. Kecilkan api dan masak selama 5 minit. Tutup dan padamkan api.
  2. Biarkan kuali tertutup selama 15 minit untuk menyempurnakan masakan. Keluarkan ayam dari kuali dan rendam di dalam air sejuk. Asingkan 1 cawan pati rebusan untuk digunakan di dalam kuah.
  3. Potong ayam untuk hidangan mengikut saiz pilihan dan atur di dalam pinggan hidangan. Simpan di dalam peti sejuk.
Cara penyediaan kuah:
  1. Kalau bawang putih digunakan, goreng terlebih dahulu hingga kekuningan di dalam minyak panas. Masukkan bahan adunan selebihnya untuk kuah. Biarkan hingga mendidih, kemudian biarkan mereneh selama 5 minit. Pekatkan kuah dengan tepung jagung.
  2. Waktu menghidang, cucurkan kuah di atas ayam terlebih dahulu. Kalau kacang tanah digunakan, kacaukan di dalam kuah. Hiaskan dengan bawang jeruk, kepingan tomato dan daun ketumbar. Hidangkan sejuk - sejuk.
Cadangan saiz hidangan: Untuk 4 hingga 6 orang.